dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Melugu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun Ke-30 St. John’s Chapel, Melugu, Melugu Skim

26 November 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 25 November 2017 (Sabtu) yang lalu, Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Melugu telah dijemput untuk menghadiri Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun Ke-30 St. John’s Chapel Melugu, Melugu Skim. Majlis tersebut berlangsung di Dewan St. John’s Melugu dan perkarangan St. John’s Chapel Melugu. Majlis ini berlangsung dari jam 0700 malam hingga 1200 pagi dengan kehadiran seramai kira-kira 304 orang tetamu termasuk ahli-ahli komiti gereja berkenaan.

Majlis Makan Malam di Dewan St. John’s Chapel Melugu telah dirasmikan oleh YB Datuk Mong anak Dagang, ADUN N31 Bukit Begunan. Selain itu, majlis makan malam ini turut diserikan dengan kehadiran Priest in-Charge St. John’s Chapel Melugu iaitu Revd. Andrew Bonnie Duang, ex-Counsellor Ronald Chengir, Pengurus Sarawak Plantation Agriculture Development (SPAD) Sdn. Bhd. En. Minggu dan para CID yang mengiringi YB Datuk Mong.

Majlis makan malam ini bertujuan untuk meraikan penubuhan St. John’s Chapel Melugu yang ke-30 tahun dimana majlis diserikan dengan acara memotong kek ulang tahun. Pelbagai acara telah dilangsungkan seperti nyanyian lagu Negaraku, kutipan sponsor song, kutipan suara emas, kutipan bunga rosette, dan cabutan tiket bertuah untuk memeriahkan majlis.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.